::Followers::

::Click Me::

::Click Me::

Friday, January 30, 2009

Cantek tak?

Kowang.... cantek tak header aku kat atas tu...
Sebenarnye bukan aku buat sebab aku bukan kreatif sangat..
Tu kawan blogger aku yang tersayang buat
thanx
atty sudi buat untuk ena..
baru arini ade masa nak letak so jangan anggap ena tak ske ek...

bagi sesape yang rajin malah kreatif nak buat untuk ena header lagik, sila2 kan la ek... amat dialu2kan...
sayang kowang muahhhhhh




Thursday, January 29, 2009

Makan tolat

Nampak tak pe ni?
Ni tolat cotek ekekeke
Alaaa tolat yang beli kat langkawi tu..
Aku gelarkan tolat 'cotek' sebab bentuk dia cam cotekkan wakakaka
Heppp jangan pk len tau :P
Tolat ni EO kami yang bagi..
Tima kasih EO, lenkali beli lagik ek ihiks..
Mayb dia p jalan2 cari makan kot ke sana...


Hehehe satu mangkuk kitaorang balun ihiks..
Eh atas meja sape la tu kan ish..ish..ish...

Oh tak lupa jugak, ade jeruk sengkuang+buah pala..
Sedapnye kowanggg nyumnyumnyum....



Pantang....muzik

video

eeee budak 2 orang ni... pantang bunyi muzik, joget jek la kejenya...
Kekadang tak bunyi pun leh joget n nyanyi gak..
Aduhai dak2 zaman skang..
Kat umah bukan men lagik tapi kalo depan org trus senyap ek...

Wednesday, January 28, 2009

Laptop baru Adik

Wahhh...
Skang Adik dah ade laptop sendiri..
Dari dulu dia mintak tapi kali ni baru dapat..
Bukan takmo bagi atau tak mampu cuma tau sesangat, Adik bukan pandai pape pun..
Stakat nak picit2 nak joget2 jek..
Kalo btol2 nak blajo, tahan kira tapi dek sian asik mintak jek kan so belikan je la...

Kakak dah tak berebut ngan Adik...
Tapi terbalik plak, Kakak jadi ske plak men laptop Adik.. aduhai..
Tak kose nak beli satu lagik, gpun Kakak dah pandai pakai laptop btol kan ihiks...

Ngadap la 2 bradik ngan laptop masing2 dan Ibu dan Abah.... gumbira akan ketenangan ini ihiks...



Tips kesihatan dan kecantikkan untuk wanita 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

“Wanita… sumber ilham selalu..”

P/s : sesape yang seusia 30an keatas, sila amik perhatian ye...
Yang 30an kebawah jangan tak amik perhatian plak, kowang nanti akan ke 30an keatas gak tau ekekeke...

Jom skodeng

Syyhhhhhhhhhhhhhhhh
Senyap2 tau... kiter skodeng Kakak joget sambil nyanyi..
Sejak dia 6tahun ni, krojenya nyanyi dan joget jek la..
Meh kiter skodeng ihiks..

video

ala...ala...
dia dah pasan r..
Adeeeehhhhhhh kantoiiiiiii

p/s : sila eksesaiskan leher anda agar teleng ekekeke...

RAHSIA WARNA KEGEMARAN WANITA


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Adehhh miskinnye aku


Seronokkan kalo tengok anak2 kiter makan dengan senang atinye...
Makan beradap dua bradik...
Enjoy the food la ibaratnye
Tapi yang menyedihkan.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Anak2 aku makan nasi berkuahkan lemak pe ntah.. aku pun taktau
(nampak ngat bukan aku yg masak muahahaha)
dan lauknye...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

kopok keping yang kalering ni..
Aduhaaaaaaaaaaaiiii
miskinnye aku weh...
anak2 aku makan lauk ni jek walhal ikan dan ayam ade uhuks..
Bagus anak2 aku... atleast belajar idop susah ye sayang..
Kalo Ibu miskin nanti, korang dah biasa makan nasi berkuahkan kicap dan berlaukkan kopok kan sayang... huhuhuhu
Asai kowang bahagia udahhh...



PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkarayang boleh anda lakukan,antaranya :-

1) NOMBOR KECEMASAN-
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun dikawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI-
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ¡ ON ¢ pada kunci penduakereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI-
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecastelefon bimbit anda.


4) TELEFON KENA CURI-
Bagaimana jika telefon bimbit andadicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

p/s : ekceli aku pun tak tau so sesape yang terkena tu, try2 la ek.. kot2 btol ihiks...

Friday, January 23, 2009

Aku MC arini ihiks

Wahhhh tulis entry ni ari semalam tapi aku dah tau arini aku nak MC..
Ekceli aku tak sihat r...
Tak larat gpun malas nak wat keje..
Nak tidooo zZZZZZZzzzzzZZzzzZZZZ
Leh coti panjang sket ihikss...
Syhhh jangan btau bos aku tau...
Gpun dah lama tak amik MC kan..
Skali skala MC, p klinik, leh check pape yg patut di check kan ahaks....

Sambil tu aku nak ucapkan
GONG XI FA CAI
pada yang menyambutnye...
Jangan makan limau banyak2... nanti sakit yut...
Bile sakit yut asik cret bret...
Bila dah cret bret kena plak p klinik..
dan kalo dah p klinik kompem r tak sihat kan, kena la plak dok umah..
Bile dok umah takle jalan2 so kesimpulannya...
menetapla di umah selama 4 ari bercoti ekekeke
so jaga diri bebaik ye kawan2...
Jumpa ari Rabu ye kengkawan, itupun kalo aku dah sihat...

Pezen dr Akak PS1306

Wehh aku dapat bungkusan besar la...
Dari Pandan Indah...
Sape plak kasi ni?
Besar gedabak plak tu..
Takkan yang tuko2 pezen tu kot..
AKu bagi kecik jek, takkan dapat balasan besar kot...
Musykil..musykil...
Dak2 opis ni dah excited giler nak tau pe yang ade dalam kotak..
Sebok r kowang ni :P

Tadaaaaaaaaaa
Wahhh beg pink karer gitu...
Huhuhu segan wehhhh
Aku bagi pezen murah lagi tak seberapa tapi ape yang aku dapat balik, beg yg tantek lagi tiut...
Uwaaaaaaa maluuuuuuuuuuuuuu
Ase nak bagi pezen len la plak

Siap ade beg sampingan lagik...
Adik aku kata leh letak henpon ataupun kamera..
Tantek..tantek...

Sape yang kasi ek..
Alaaaa Akak PS1306 upanye..
Thanx akak, ena hargai sangat pezen ni tau..
Terlalu over dos tantek n tiut sgt..
Sayang akak..
Moga persahabatan kita kekal abadi selamanya ye kak..
Nanti kiter jumpa ye kak..
Thanx a lot's muaaahhhhhhh


Pesta Buku Alaf21

Jom wehhhhhhhh kita beramai2 p Pesta Buku Alaf21...
Sape yang minat novel tu sila2 la p tau..
Susah tau nak dapat 30%
Slalunye abis kurang 10% jek leh dapat..
Dan disebabkan aku peminat tegar novel2 Alaf21, aku dengan semangatnye mengajak hubby aku p sana... Biar r drang kata sama jek beli kat Kuantan, kalo nak p sana wit minyak lagik..
Ahhh dulikkkkkkkkkkkkk
Yang pasti aku nak rasakan kenikmatan bila coping novel2 dalam keadaan SALE ni ekekeke
Aci tak alasan aku?
Ah dulikkkkk.....dulikkkkkkkk... aku nak p gak muahahaha..
B, kiter p tau..
Kalo tak p, malas kawan..
Tdo luar bilik...
Aci tak? muahahahaha

Ciklinn... ko tunggu aku tau..
Nanti aku kol hubby ko ajak dating tau
Eh! silap! aku kol hubby ko suh btau ko yg aku dah sampai Shah Alam so ko leh bawak aku p coping novel ekekeke
Tapi mayb aku mai ngan hubby aku jek tau.. princess aku tu aku tinggal kat umah jek.. Susah bawak drang tu ihiks...
Tunggu aku ek...

Men boling lagik

Disebabkan tak puas ati tak menang, malah nak lepaskan perasaan sebab stress kat opis so kitaorang decide men boling skali lagik ekeke..
Poyosss...

Haa ko! standard gurl la markah tinggi ni kan but yg pasti n penting, my hubby kalah ekekek
(Ekceli ni game ketiga, game pertama dan kedua aku memang kalah truk, tak nek 'haji' pun hahahaha.. tak tau nape truk sangat.. tak penah camtu....)
Budak2 lain? lagila truk wakakakaka

Wif arep....
Pakwe sape ni? Angkat tangan....
Pas men boling kitaorang dinner...
Lapo weh...
tapi tak selesa sebab kat lantai tu rata2 ade lipas yg terbaring kesesakan napas bau Ridsect..
Ampeh toll!!!
Kena ngadu kat Kesihatan ni... aku dah la fobia ngan lipas uhuks..
So kaki dok atas je la huhuhu



Makan seafood

Arini hubby aku belanja makan seafood..
Bukan kitaorang jek yang dia ajak.. tapi ngan mak, pak, adik dan ipar dia skali dia ajak..
Kitaorang seperti biasa makan seafood kat Ana Ikan Bakar la kan..
Tapi sayang, ketam takde huwaaaaaaaaaaaaaa

Dak kecik ni, orang suh mai sini makan, tapi dia p minum susu sbotol, dah kenyang..
Krojenye ratah telo goreng jek, aduhai...
Camne la nak gemuk kalo camni...

Kerang rebus, mak punye..
Aku geliiiiiiiiii

Kat situ tempat pilih ikan..
Ingat nak amik gambar ikan2 yg ade tapi takut orang marah plak kang...

Kakak yang tak sabar2 nak makan..
Awal2 dah amik sudu garfu ihiks...

Hadirin yang hadir cheewaahhhhh

Sutun goreng tepung, peberet mak

Ikan pari bakar petai...
Peberet aku tapi kali ni aku dapat makan suku jek uhuks...

Makanan2 yang di order...
Banyak giler..
Yang tak abis, bungkus bawak balik ihiks...



Klinik Pakar

Hmmm nape ek aku berada disini?
Ekceli Kakak demam..
Takla demam truk sangat cuma saje nak check ngan klinik pakar sebab dia ni kalo demam jek pasti sakit pala dan lenguh2 sendi...
Buat plak lately ni ramai kena jangkitan demam chikungunya so takutla jugakkan..
Sakit plak cam org tua plak sampak sakit sendi n sakit pala so kawan hubby aku suggest la check kat sini.. Takpela mahal sket asaikan persoalan di kepala leh dijawab oleh doktor pakar..

masuk2 rasa terkedu sat..
Luas giler klinik dia..
Tak cam klinik plak tengoknye, cam taska adela ihiks..

Kakak yang tadi dok dalam keta tido baring berselimutnye, sesampai di dalam klinik ni trus segar bugar.. leh men dengan riangnye lagik...
Adehhh r... tol ke sakit ni...

Adik pada mulanye segan dan pemalu...

Akhirnye sama naikkk
hahahaha kelako..kelako...
Camne nak kata doktor drang sakit ni..
Cam tak caya jek

Dekat sejam gak aku menantikan giliranku ini..
Disebabkan aku tak bape sihat so aku juz menempel di krusi jek...
Sesambil menempel di bahu suami kussss ihiks...

Alhamdulillah... kakak takde pape..
Doktor kata zaman skang budak pandai, bole ngadu sakit sana sakit sini..
Dulu budak senyap jek.. so takde ape yang merbahaya pun..
Kena pun dalam RM38..ok r tu... takla mahal mana...
Pasni leh la datang lagik ihiks.. tapi kalo leh takmo la anak2 aku sakit sokmo kan..
Susah wooooooo.......................