Macam2 yang berlaku akhir2 ni..
Yang tak berkenaan ngan aku pun ade, yang tak disangka2 pun ade
Ia membuatkan pemikiran aku sesak! Perasaan aku serabut! Malah diri aku tidak tenang seperti sediakala..
Amat sukar mencari ketenangan kini..
Puncanye tidak diketahui namun pengakhirannya pastilah perasaan dendam yang membuak2 dan sekiranya tidak terkawal mungkin malapetaka akan berlaku huhuhu
1. Aku ade kawan baru (sebab pindah ke opis baru) dan aku namakan dia OG
2. Cukup baik, sentiasa berkongsi cite malah sedikit sebanyak sikap dia ngan aku sama
3. Malah selalu menolong dan memahami masalah aku
4. Dalam masa yang sana, lepas sorang2 geng2 polis berselisihan faham dengan aku. Aku tak 'cuit' drang pun, drang sebok nyampuk cakap aku ngan orang len..
5. Atas 'dorongan' OG, aku melawan pe saje yang geng2 polis tu cakap.. Agak pedas kata2 aku tapi aku juga cukup sakit ati bila drang ngata aku macam2.
6. OG juga mempunyai kawan baik yang dianggap adik tapi aku juga tak berapa puas ati dengannya hanya kerana OG kata 'adik'nya itu tak ske aku berkawan rapat dengan OG.
7. Aku terpaksa bermuka tembok mengajak kawan2 lama aku menemaniku breakfast sampai satu tahap kawan aku terlanjur berbicara 'ko ni takde kawan ke na asik ajak aku jek'. Yupp!!!! cukup perit menelannya kerana bukan time susah je aku cari dia, time senang pun aku still cari dia tapi inikah yang aku terima? Akhirnye aku nekadkan diri sekiranya tiada teman, aku hanya bungkus dan makan di pejabat.
8. Tiba2 suatu ari si OG dapat surat tukar ke opis len.. dan bermulala sesuatu perkara yang tak disangka2 terbongkar
9. Rupa2nye diala dalang segala perselisihan faham..
10. Aku jenis tak percaya cakap orang 100%, aku perlukan bukti sebab mana nak caya woiiiii cuz dia balik giler...
11. Buktinya? Dari setiap sms nya ke 'adik'nya..
12. Bagaimana aku bole baik dengan 'adik'nya sedangkan aku jugak mempunyai ketidakpuasan ati aku kat dia?.....................Pun berpunca dari sms OG
13. Aku tak perlu dengar hasutan orang maupun kata2 orang yang OG begitu ataupun begini tapi aku nilai dengan pandangan maupun menggunakan otak sendiri untuk berfikir
14. Cukup mengejutkan dimana OG sms kat aku yang dia amat bertuah memiliki kawan seperti aku.. Dia cukup sayang akan persahabatan ini tapi pada masa yang sama dia sms ke 'adik' dia, dia kutuk kaw2 aku ni.. begitu jugak sebaliknya yangmana dia sms ke aku, dia kutuk kaw2 'adik' dia tapi pada masa yang sama, dia sms 'adik' dia yang dia rindu dan sayang ke 'adik'nya...
15. Yup!!! cukup konpius.. wat plak sblom ni 'adik' dia terlalu ikut sangat telunjuk dia sehingga ramai orang sekeliling tengok pun sakit ati
16. Nak tak nak, aku terpaksa tunjuk ke 'adik' dia segala isi2 kandungan sms OG ke aku tentang 'adik'nya dan 'adik'nya pun bagi aku baca sms2 mereka..masyaAllahh..terduduk aku..
Nape dia buat aku camni? Ape salah aku? Ape yang dia dapat? Dan ape yang dia nak sebenarnya? Inilah kali pertama dalam idop aku kena seteruk ni...
17.Dalam pada tu aku masih berpura2 tidak tahu apa2 tentang dia kutuk aku.. Aku masih melayan dia seperti biasa malah tidak sedikit pun aku hasut sesiapa agar jangan berkawan
dengannya sepertimana dia menghasut kami jangan berkawan dengan musuh2nya, kalo tidak dia jugak akan bermusuh dengan kami.. Dek kerana dia otai, aku mengikut saja..
18. Sampai satu tahap, aku dah ilang sabar so aku hanya menyatakan satu ayat saja yangmana aku dengar cite dia heboh hal aku kat opis baru dia yang aku bagi nama dia untuk ditukarkan (hmmmmm besar jugak kuasa aku kan sampai leh bagi nama kat big bos dan bole tukarkan orang sedangkan kemasukan aku di pejabat baru tu atas post aku sendiri yang kosong sedangkan post dia diambilalih orang lain.. Kenapa aku pula yang disalahkan?)
19. Dia mulai getar dan mengamuk malah serang opis aku pada keesokan arinya tapi awal2 aku nyatakan pada mereka antara dia ngamuk marah ataupun menangis kerana cuba menagih simpati
20. Yupp!! tepat tekaan aku.. dia meraung2 menangis tapi sayang..bukan menangis menyesali apa yang terjadi tapi berlakon menangis yangmana dia terlalu baik, tidak mungkin menikam kawannya sendiri..
21. Aku jadi bosan dengan lakonannya lalu aku hanya menunjukkan ekspresi muka yang bersahaja, yang tidak bersimpati untuknya kerana aku benar2 letih jadi seorang hipokrit sedangkan ati aku bernanah dengan fitnahnya itu.
22. Ingin aku nyatakan kebenaran tapi terpaksa didiamkan kerana 'adik'nya tidak sanggup malah takut kerana 'adik'nya lebih mengenali sikap pendendam dan beraninya itu
23. Selepas kejadian itu, aku malah semua orang pejabat sudah tidak lagi melayan smsnya dan kerna itu dia menjadi lagi gelisah dan marah.
24. Cukup kebudak2an sedangkan dia tua 2tahun dari aku malah dia bertudung labuh dan juga background ibubapanya seorang yang alim
25. Suatu ari kitaorang terserempak di kedai makan, disitu juga dia sound 'lalang dan bacul' dan yang kelakarnya malam tu dia sms salah sorang kawan aku menyatakan sampai ati kawan aku buat tak kenal dia.. Dia jugak sms ke 'adik'nya dan menyatakan perkara yang sama..
Cukup kelakar sedangkan masa dia sound tu, kawan dan 'adik' tu duduk dekat dengannya dan aku pula duduk dihujung so kompem la kata2 ko tu kena pada kawan dan 'adik'nya dulu baru ke aku tapi bole sms macam tu.
26. Aku dan kawan2 aku still wat tak tau dengan sms2nya..tapi aku tak penah hasut mereka agar jangan berkawan dengan OG cuma mereka boleh menilai sendiri kerana OG buat drang cam sampah. Bila tak ske dia caci, maki, perli dan kutuk tapi bila bersendirian dia mula mintak maaf tapi dalam pada tu still kutuk gak sebab orang tu tak maafkan dia...hurmmmmmm
27. Di satu pagi, sesampainya aku di opis, baru nak duduk, aku dapat satu sms berbaur cacian dan makian.. MasyaAllah... Pepagi aku dah dapat 'pangkat' SIAL dan CELAKA.. agak bernanah aku tika itu dan untuk sekian kalinya aku membalas menyatakan kitaorang tau segala2nya tentang dia..
28. Aku sangkakan dia akan faham dan mula rasa menyesal tapi meleset sangkaan aku itu.. makin berderet2 sms cacian dan makian yang aku terima, siap dapat 'pangkat' ANAK PUNGUT lagi tu.. masa tu aku dah rasa pandangan aku kabur, otak aku tetiba terhenti dan rasa badan aku keawang2an... masa tu dengan nama Allah aku rasa nak p jek serang opis dia dan tampar jek mulut longkang dia tu tapi mujur 'adik' dan kawan aku menghalang dan bagi kata2 semangat.. Alhamdulillah, aku sedar kembali... beristighfar aku seketika...
29. Semua sms2 dia aku balas dengan ketawa sebab aku taknak dia nampak aku sakit ati dengan kata2nya walaupun sememangnya berapi dalam diri aku tika tu..
30. Aku ingat abis situ dah, rupanya balik dari makan, aku dapat warning call dari suaminya pula menyatakan suruh aku jaga mulut, jangan sampai dia pula serang aku .. 'aikkk..bini ko yang banyak bagi aku pangkat tetiba aku plak kena jaga mulut'.. aduhaiii makin berkecamuk rasa..
Masing2 dah tau perangai si OG yang gila meroyan dan amat berani tu malah tau jugak suaminya gangster..
31. Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah.. Ya! aku memang berani krn benar tapi aku juga takut tapi bukan takut kerana salah tapi takut ia akan memudaratkan diri aku..
Setakat mereka nak serang tanpa mencalarkan sedikit tubuh badan kita, aku cukup berani tapi aku takut sebelum mereka tau hal sebenar, aku diapa2kan..
32. Alhamdulillah...setiap perkara yang benar..setiap perbuatan yang baik pasti dapat balasan yang baik juga.. Aku bersyukur dikurniakan bos sebegini..yang memahami staf2nya.. Aku minta pendapat ingin membuat cover report polis agar suatu ari nanti, sekiranya berlaku apa2, suspek utama pasti senang dijumpai..manalah tau takut2 terjumpa mayat aku jek dan tanpa report, mereka tak boleh menyalahkan sesape..
33. Dan sehingga kini, kami tidak lagi menerima ugutan, amaran dan caci maki dari OG.. Tapi perasaan masih tidak tenang...
Bilakah ketenangan ini akan wujud kembali...
Mengapa mesti wujud manusia sebegini?
Tanpa buat perkara yang salah, kita dihukum sebegini..
Mengapa perlu niat dan cara yang busuk memiliki satu persahabatan?
Mengapa tidak berkawan ramai2 sehingga hanya ingin satu persahabatan rela mereka memanipulasikan cerita malah sanggup memfitnah orang, melaga2kan orang?
So skang ape yang dapat bila semua dah terbongkar?
Seorang kawan pun tidak mahu berkawan dengan orang sedemikian..
Oleh itu biarlah ramai berkawan tapi jangan sekali2 mencari musuh..