::Followers::

::Click Me::

::Click Me::

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

Rahsia Di Sebalik Tulisan Anda

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak -
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kanan -
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
Condong ke kiri -
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar -
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Kecil -
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar -
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.
Semakin kecil -
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar -
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
Tulisan kurus -
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Tulisan bersegi empat -
Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat -
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
Bersambung -
Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai -
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh -
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
Tulisan rapat -
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -
Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil -
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
Ruang muka surat kanan kecil -
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Penuh satu muka surat -
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ideA bernas yang boleh dikongsi bersamanya

Kredit to Triple M..
sory ek, curi sat huhuhu

So kowang ase kowang tulisan yg mana?


post signature

Tuesday, November 3, 2009

AWAS!!!!!!

" AMARAN DARI PIHAK POLIS -
BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA --

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ....
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya.
Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

ERK! serun plak aku membacanye so kowang berhati2 ye..
Satu lagi, jangan hiasi keta kowang dengan menampakkan pemandu keta tu adalah wanita...


post signature

Thursday, October 22, 2009

MasyaAllah...

Hmmmmmmmmmmmm
Ape nak jadi dunia skang ni kan..
Ade yang nak anak, puas berusaha berbelas2 tahun tapi tak dapat tapi ade yang senang dapat anak ertikata len subur tapi sayang, tak langsung mensyukuri akan kesuburannya.. malah dibuangnya pula zuriat kesana sini..
Paling kesian bila zuriat yang dibuang tu dalam keadaan cedera ataupun buang di tempat2 yang tidak sepatutnya...
Kenapa lah tak menghargai mereka?
Kalo takmo skalipun, letakla di tempat selamat cam surau ke, depan umah orang ke.. ni tidak!!
Letak kat belukar, dalam semak, dalam longkang malah ade ditinggalkan didalam ting sampah dan dalam tandas pun ade
MasyaAllahhh... kowangtau tak perbuatan kowang tu sesuatu yang kejam?!!
Tidakkah kowang pk yang mana mereka juga punyai keidopan cam kita?
Ingin idop cam kita?
Nape kerana kesilapan yang kowang lakukan, kowang menjadikan mereka mangsa kowang?
Mengucap panjang aku..
Kekadang menitis airmata baca kisah2 baby ni..
Siyes!! aku sensitip bab2 ni.. bila tengok rupa mangsa2 ni, terlintas rupa anak2 aku..
MasyaAllah..jauhila semua bala dan kecelakaan yang menimpa mereka.. aku rela ganti ditempat mereka.. aku tak sanggup keilangan anak2 aku.. aku tak sanggup tempuhi idop ni tanpa anak2 aku..
Ape pun terjadi, aku nak anak2 aku sentiasa dcc aku..
Tu pasai tiap kali tido umah sape2, anak2 aku slalu tdo ngan kitaorg sebab kitaorg memang tak ajar dia tdo maupun tinggal ngan sesape tanpa kitaorg dcc..

INGATLAH WAHAI UMAT YANG DILUAR SANA!!!!
Jangan kerana kesalahan yang kowang lakukan, kowang lepaskan pada anak2 yang kowang buang ni.. kasihanilah mereka..
Sebelom buang, cuba kowang tatapi muka baby yang kowang nak buang tu dalam2.. tapi kalo kowang memang takde rasa kesian langsung malah takde prasaan pape langsung bila tatap wajahnye.. kowang bukan manusia tapi BINATANGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!

Argghhhhhh aku memang emosi kalo bab2 ni..sakit ati!!
Tu pasai skang ni bila dalam akhbar kisah tang baby, aku rela tak baca sebab aku tak sampai ati bila mengenangkan nasib baby tu...
Astarghfirullahalazim....................


post signature

Thursday, July 23, 2009

Untuk makluman

Hmmmmmm mesti ramai tertanya2 nape aku kena bedah lagi anak ketiga ni kan..
Mesti ade gak yang tertanya2 sebab taktau ujung pangkal cite kan..
Mesti gak ade yang tau dan mesti gak ade yang taktau kan..
So disebabkan aku rajin, aku nak bercite la kat kowang yang btol2 nak tau n rajin baca karangan aku yang panjang lebar ini hehehehe

Meh aku cite memula skali ye...
Memula skali aku nak btau yang mana dua2 anak aku tu sumenye melalui caesarean
Kenapa aku memilih caesarean?
Meh aku citer ye satu persatu...

Masa aku ngandungkan Kakak dulu, aku last piyed pada 4/9 tapi aku kawen 4/10 so doc kira awal sebulan usia kandungan aku.. Tu pasai jalan pun hanya buka 2cm je lalu aku pun kenala bedah sebab memang aku tak rasa sakit langsung tapi due dah lepas berhari2...

Masa aku ngandungkan Adik plak, jalan memang dah bukak sampai 5cm dan pestaim aku rasai sakitnye nak bersalin normal... Aku diibaratkan cam bersalin anak sulung sebab nak try normal kan... Masa berada di labour room sambil ditemani hubby tercinta (ekceli labour room ni sebilik 3orang ditempatkan tapi dipisahkan dengan dinding2 nipis je so dengar sesangat pe yang berlaku) ade pesakit tu beranak normal.. Aku tengok jam masa tu, dia amik masa 20minit je untuk meneran dan kuarkan baby dia dan aku masa tu bersemangat untuk melahirkan anak aku cara normal... Pastu ade sorang lagi pesakit masuk nak beranak... Puas diteran2, masa tu aku tengok jam dah stengah jam, alik2 aku dengar doc kata dia kena forsex.. mak aiiii meraung2 pesakit tu, adela dalam sejam..masa tu aku dah cuak dh...
Pastu dengar plak nurse jahit, dia masih meraung2 kesakitan, amik masa 45minit gak...
Aku btol2 cuak dh.. dah rasa len macam dah..
Tetiba ade stafnurse lalu n btau 'awak rasa sakit skang, bile awk nak beranak nanti lagi 5x ganda rasa sakitnye'.. terkejut aku!!!
aku ape lagi, dari tengah elok nak push trus kemut..
Aku tahan baby dari kuar, perasaan takut menguasai diri sampai aku marah2 hubby aku suh doc bedah tapi doc bagi masa 2jam lagi tapi aku nekad, aku takmo tunggu lama lagi, aku nak cepat sebab tak tahan sakit....
Akhirnye doc akur dan bile aku di OT, aku dimaklumkan yangmana 'sarung' baby dah tron ke bawah, doc marah aku sebab tak mencuba... drang terpaksa tolak baby naik ke atas smula sebab prot aku sudah dibelah masa tu.. Mujur baby takde pape...
Bile dah selesai sume, barula aku terfikir, tak semestinya aku susah branak cam patient tu tadi... ntahla... aku btol2 tak pk panjang n takut sesangat...

Dan untuk makluman sesape yang taktau, kalo kita branak direct dua kali bedah, kali ketiga memang kompem kita kena bedah jugak, memang kita dah takle normal...
Ikutkan Hospital Kerajaan, hanya 3orang je anak limitnye tapi bagi Hospital Swasta, kita leh perolehi 4..5orang anak lagi.. tapi kena sediakan dalam 5ribu lebih la...
Tu pasai aku tanye tang 'ikat' tu...
Takde sape yang nak peranakan dia diikat tapi kalo ditakut2 kan rahim pecah la..perut terburai la.. itu la ini la... sape yang tak takut kan...
ntahla.... mayb kena wat solat istikarah camni...

So itu je untuk makluman kowang..
Kalo kowang rasa kowang ade tenaga nak push, kowang pilihla normal tapi kalo kowang ase napas kowang pendek, pilih trus caesarean..jangan skali2 kena forsex atau vacuum sebab boleh memudaratkan otak anak.. Anak bole jadi lembab.. itu yang aku tau, kebenarannya aku taktau la plak...



post signature

Thursday, May 28, 2009

UpIn & IPin

tomei..tomei..tomei..
ske bebeno aku tengok dak 2 ekor ni ekekeke...
tapi kowang nak tau, ade upin & ipin yang original tau...
nak tau.......?
mehmehmeh
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaaaaaa.............
ni la upin & ipin ori tau...
cuma len sket bentuk muka r..
bentuk muka dia lonjong, yg katun bolat tapi yg pasti sama jek ekekeke
anak sapaaaaaaa la niii...
post signature

Thursday, May 14, 2009

Buku yang dijanjikan

Ermmm ekceli aku penah berjanji ngan sum1 nak tunjuk buku ni pada dia..
tapi dek kerana puas aku mencari merata2 (kat umah) tapi tak jumpa..
so aku nekad nak bagi pezen kat dia, kira suprised la so aku carila kat kedai2 buku..
aduhaiiiii........ tak jumpa weh...
adakah buku ni dah lama?

alkisahnye, aku beli buku ni sblom aku nak tawen..
kira preparation la sebab aku ngan hubby aku ni naif owangnye..
tak caya? siyes wehhh!!! K.O.S.O.N.G! suci bebs... taktau pape ekekeke...
so owang kata kalo malu sesat jalan.. so aku memang pemalu kan tapi dari sesat jalan, baik aku cari inisiatif sendiri kan... so aku beli la buku ni..
pe yang ade dalamnye?
banyak sangat kite leh belajar..
bg yg glojoh memang tak berguna mende2 ni tapi bagi yang nak afdalkan diri, amat bagus buku ni buat kiter sefamily..

semangat kan aku nak pelajari sampai bertagging2 buku ni ihiks..

okey, dalam ni ade cara dimana waktu2 tika kiter nak bersenggama..
bagi kowang yang dah pro, mayb kowang kata 'lor, tu pun taktau' tapi kalo kowang baca btol2 waktu2 nye then baru kiter sedar.. untuk mendapatkan zuriat dan ciptaan dariNya pasti ade cara2 DIA yang perlu kita turuti..

Cara bersetubuh pun ade..
ni aku kisahkan tang yang nak dapatkan anak.. bukan yang kowang pakai taram kowang jek nak bersetubuh tu.. tu ikut pala kowang la nak wat camne....

Malam2 yang dianjurkan masa bersenggama pun ade...
Owang kata, setiap pe yang kiter ingini pasti dengan usaha kan..
tak dapat usaha cara ni, cara tu plak..
ade yang prabiskan wit untuk mendapatkan anak dan tak salah kiter cuba cara2 biasa ni plak kan.. yang tidak memerlukan wit (melainkan beli buku ni yang tak sampai RM15) tapi atleast kita dah ade ilmu kekuatan kita iaitu mendekatkan diri padaNya rite?
tak salah U.S.A.H.A tu.......

Dalam pada tu, nasihat2 tang kecantikan kiter pun mesti ade...
tapi aku ase, yang ni kowang dah terover cantek dah pun ihiks..
ni tang kecantikan dalam ye sayang2..

Setelah bersenggama pun ade kewajipan2nye tau...

ni diantara ayat2 yang aku selalu amal bile memula dulu ihiks..
dan untuk makluman kowang, aku ade pinjamkan buku ni pada kawan2 aku dalam 3..4orang yang susah dapat anak...
aku suh drang amalkan baca ayat2 di atas n ofkos gak baca buku ni..
alhamdulillah tak lama pastu drang lekat..
tapi aku takmo kompem 100% yangmana drang lekat tu disebabkan amalkan ayat2 dan cara dalam buku ni ataupun dengan cara drang sendiri tapi cam aku kata, tak salah kita berusaha dan mencuba kan
SIYES!!!! kalo aku jumpa buku ni, memang aku nak pezenkan untuk kowang..
ikhlas dari aku...
tapi ape kan daya, dah 5 kedai buku aku terjah, sume takde sampai hubby aku pun tertanya2 pe la yang aku nak beli..
aku pun tak tau nak btau sebab masa tu buku ni ilang tapi rupanye kawan seopis aku yang pinjam..
so kalo kowang jumpa buku ni, kowang cuba amalkan insyaAllah... takdir Allah atas usaha kita, Dia pun takkan hampakan umatNya jika umatNya berusaha keras rite...

Gud luck untuk kowang...


post signature

Wednesday, May 13, 2009

Tahap kesihatan

Meh kiter tengok tahap kesihatan dan berat ideal anda...
Adakah anda menepati ciri2 orang yang sihat atau terlampau sihat atau sihat2 aje..

Ni untuk kaum pompuan ek..
kowang telekla sendiri

Nie plak untuk kaum lelaki..
baca jangan tak baca

Dan ini yang harus kowang makan..
ceh! kowang... bukan aku ek ekekeke
aku kalo makan pe yang disyorkan ni, huhuhu mau kurus kering aku sebab kebanyakannye aku tak makan ekekeke


post signature

Friday, April 10, 2009

Anak Erra Fazira

Btol ke ni anak Erra Fazira?
Aku pun taktau nak sahih kan nye atau tak..
Nanti pas kenduri cukur jambul, kowang try bandingkan ek..
Kalo btol, btolla info yang aku dapat ni..
Kalo idak, aku mintak ampun dan maap ek...
Tapi kalo btol, comei kan... Cam mama n papa dia jugak ihiks....

Wednesday, March 11, 2009

ish..ish..ishh

bile berlakon ayu dan baik slalu tapi tengok r kat tangannye hurmmmmmmmmmmmm..
Siyes! dulu aku minat giler minah ni tapi skang ni dah naik meluat..
ske meng'iggy' yang dah ternyata.. pastu terlalu berpura2...
paling nyampah, erk! ni aku tuju wat pengarah dia la.. udah2 la wat watak lembut n nanes utk dia ni... ramai bebeno dah meluatnye..buatla watak len plak....
sory kowang kalo kowang tak ske pandangan aku ek

Ha!Ha! nampak...

ekekeke kowang nampak tak pe yang aku nampak?
masyaAllah...masyaAllah sambil tapak tangan tutup mata tapi terbuka sket dicelah2 jari tu wakakakakak aduhaiiiii
kot ye berlakon dalam gua pun agak2 r....
muahahahaha
jangan tengok lelama weh..kang ketumbit mata tu wakakakaka

Wednesday, February 18, 2009

Mak aiii..... masyaAllah

Meh..meh.. aku nak kowang layan gambar jek...
Buka mata luas2 n fikirkan la pe yang aku fikir ihiks...

Ape yang aku pk kan ek..
Aku terfikir, yangmana 2 eko ni sebenarnye ade skendel ke?
Mak aiii la... ingatkan dalam SPA Q jek camtu, rupanye kat luar lagi havoc ek...
Adeeehhhh rasa kijam tak aku letak perkataan GELI? huhuhu
Bukan nak kutuk dan bukan nak hina di atas faktor usianye tapi ntahla...
zaman 2020 mayb no hal kot...
juz open my mind jek la tapi jangan ikut udah kan ihiks...


Wednesday, January 28, 2009

Tips kesihatan dan kecantikkan untuk wanita 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.

a) Kawal pemakanan
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

b) Guna Pelembap yang sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

d) Sentiasa bersenam
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

e) Minum banyak air
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

f) Makanan tambahan
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

g) Elakkan bermekap tebal
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

“Wanita… sumber ilham selalu..”

P/s : sesape yang seusia 30an keatas, sila amik perhatian ye...
Yang 30an kebawah jangan tak amik perhatian plak, kowang nanti akan ke 30an keatas gak tau ekekeke...

RAHSIA WARNA KEGEMARAN WANITA


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkarayang boleh anda lakukan,antaranya :-

1) NOMBOR KECEMASAN-
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun dikawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI-
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ¡ ON ¢ pada kunci penduakereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI-
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecastelefon bimbit anda.


4) TELEFON KENA CURI-
Bagaimana jika telefon bimbit andadicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

p/s : ekceli aku pun tak tau so sesape yang terkena tu, try2 la ek.. kot2 btol ihiks...