::Followers::

::Click Me::

::Click Me::

Wednesday, November 4, 2009

Aku dan Snikers


Yeahhhh
Aku takle dipisahkan lagi ngan tolat..
Nak wat camne, my peberet woooooooo
Skang ni tiap2 pagi aku kena singgah kedai 7E cari SNIKERS dan CRUNCHY..
Kalo takde salah satu tu cam tak sempurna idop, taktau nape huhuhu
Gemuk? hissshhh mana de..
meh kiter baca..

Coklat bukan saja untuk anak kecil, tetapi ia juga banyak dinikmati orang dewasa.
Khabarnya, coklat banyak memberi manfaat untuk seks, kecantikan, dan kesihatan kita. Coklat sering dijadikan hadiah untuk orang tersayang. Bahkan ia juga menjadi tanda cinta seseorang kepada pasangannya.Lalu, mengapa ia dijadikan tanda cinta? Apa sebenarnya kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga makanan ini diminati oleh ramai orang?

Mari kita baca selanjutnya tentang rahsia coklat:
Coklat untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa banyak orang memberikan coklat untuk orang tersayang adalah kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Mungkin ini disebabkan coklat memiliki tekstur lembut dan mudah cair secara perlahan-lahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang memakannya. Selain itu, coklat dapat memberikan perasaan nyaman, rileks, dan dapat meningkatkan ghairah seksual. Rasa nyaman yang timbul setelah menikmati coklat bukan setakat perasaan saja, kerana coklat mengandung ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang kemudian merangsang pengaktifan serotonin di otak yang selanjutnya akan menjadikan perasaan seseorang itu nyaman.Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung yang membuat kita terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga biasa diperoleh dari kafein pada kopi atau teh. Manfaat theobromine yang lain adalah dapat meredakan batuk.Coklat juga mengandung phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan lain mengapa coklat sering diberikan sebagai hadiah tanda cinta.

Coklat untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan koko (biji coklat) lebih dari 70% juga memiliki manfaat untuk kesihatan kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksidan, akan mampu menangkap radikal bebas dalam tubuh. Besarnya kandungan antioksidan ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.Dengan adanya antioksidan, ia membuatkan coklat menjadi salah satu minuman kesihatan. Fenol, sebagai antioksidan mampu mengurangi kolesterol pada darah sehingga dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung dan berguna untuk mencegah timbulnya kanser dalam tubuh, mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi.Selain itu kandungan lemak pada coklat terbukti bebas kolesterol dan tidak akan menyumbat pembuluh darah.Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E.Selain itu coklat juga mengandung zat mahupun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Koko merupakan sumber magnesium tertinggi.Jika seseorang mengalami kekurangan magnesium, ia dapat menyebabkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit sendi dan masalah bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS).Dengan memakan coklat akan menambah magnesium dalam gizi harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Hal ini akan mengurangi kesan negatif dari PMS.

Coklat untuk Kecantikan
Manfaat lain yang boleh didapati dari coklat adalah untuk kecantikan. Antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat melambatkan proses penuaan. Maka tidak hairan jika coklat boleh dijadikan makanan diet yang baik.

credit to
Triple M

haaa..amacam? amacam?
bek kowang makan tolat slalu... banyak manfaatnye ihiks...


post signature

8 luvbites:

NJ said...

salam ena's...salam kenal juga dari akak..akak lalu umah kak ilahjy ni..harap dpt berteman lalu alamaya ni ye..sudi2 la jenguk akak nti free yer..tq

NJ said...

salam ena's..
salam kenal dan ziarah..akak lalu umah kak ilahjy masuk sini..smga persahabatan kita tejalin berpanjangan..sudi2 la jenguk umah akak nti free yer..tq

Diarihatiku1976 said...

wow.. leh jadi duta coklat ni.... comeinya masa coklat masuk mulut tu... tapi info ni memang beguna...

neezareef said...

mkn coklat sekadar mkn skit2 ok lah..klu mkn coklat mcm mkn nasik mau x gomok...oraittt la tu...

Alimaz-Kembara Terasing said...

toyat is my peberet tu.....bila makan coklat tenang ja rasanya...bila tengah marah hilang rasa marah.....tension pun hilang...

Lina said...

aku xnak komen pasal coklat tuh sbb aku pun mmg minat coklat kan tp aku nak komen ko mesti amik gambo waktu pg kan ms ko smpi opis sbb muka ko putih gebu suci murni x berminyak wahahahaha

CuTeMiUt78 said...

ha'ah.. memang pun.. dah tau dah pasal tolat ni.. sebab tu aku pun penggemar tolat..

Ena Qalinsya said...

Kak NJ
Salam kak..tima kasih jenguk blog sy..

diarihatiku1976
hahahah chumel ek..leh la snap slalu camtu ahaks

neeza
meme doh..kalo makan cam makan nasi mmg kompom gomok ahaks

alimaz
erk! btol ke kalo tgh marah makan tolat jd tenang? ilang tensen? nak try r pasni ekekeke

Lina
wakakaka ko memang pandai ek.. leh ko tau suci murni ngan penuh minyak ek muahahaha

cute
sape tak gemor tolat mmg rugi org tu woooooooo ihiks..